Saturday, September 20, 2008

Masalah disiplin bilik darjah

Oleh: Khairuddin Abdul Rahman

Sedia ada yang kita ketahui sebaik mana pun kita sebagai guru dalam memimpin pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, masalah disiplin tetap boleh berlaku dan boleh didapati. Apa yang perlu dilakukan oleh guru bila mendapati sesuatu masalah disiplim berlaku ialah guru mestilah mengambil tindakan yang terbaik untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah disiplin murid dengan cara terbaik sekali supaya segala tindakan yang diambil adalah memberi kesan yang positif kepada murid itu sendiri dan ada iktibar membina kepada semua murid-murid yang lain. Permasalahan disiplin pelajar berlaku apabila murid melakukan sesuatu perkara yang mengganggu atau merosakkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti murid mengganggu murid-murid lain yang ingin belajar, membuat bising, mencuri, bergaduh, membuat kerosakkan harta benda sekolah dan sebagainya, Permasalahan-permasalahan disiplin ini secara normalnya mestilah berlaku di atas sebab-sebab yang tertentu terhadap murid yang bermasalah tersebut. Berikutdi bawah, setelah dirujuk dan di kenalpasti di gariskan beberapa faktor yang yang menimbulkan masalah-masalah disiplin murid-murid sekolah di bilik darjah atau sekolah, iaitu termasuklah kaedah dan bahan pengajaran ang tidak sesuai, keadaan fizikal bili darjah, kesihatan murid, kualiti guru, persekitaran sekolah, keluarga dan rakan sebaya. Allahualam..

No comments: