Sunday, September 14, 2008

Adakah pengajaran itu berkesan?

Oleh: Khairuddin Abdul Rahman

GURU PRAKTIKUM. Adakah pengajaran itu berkesan? Dari mata kasar nya pengajaran berkesan dapat kita lihat jika objektif sesaorang pengajar tersebut tercapai seperti mana yang dirancangkan sebelum sesuatu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)1 dilaksanakan. Perancangan P&P ditulis di dalam buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang mengandungi turutan proses P&P di dalam bilik darjah dari awal proses sehinggalah tamat pengajaran selalunya merangkumi set induksi, langkah-langkah pengajaran, aktiviti- aktviti, dan penutup dalam P&P tersebut. Para guru pelatih yang menjalani latihan praktikum akan di bimbing oleh guru pembimbing yang telah banyak pengalaman mengajar dan masih berkhidmat di sekolah berkenaan dan juga seorang pensyarah pembimbing yang dipilih dari IPG guru pelatih di tempatkan. Dimana guru pembimbing dan pensyarah pembimbing inilah yang bertanggungjawap membina jatidiri guru pelatih tersebut mahir sebagai seorang pendidik sepertimana yang dikehendaki oleh IPG iaitu antaranya nya melahirkan guru sebagai pendidik yang profesional sekaligus meningkatkan profesional perguruan di mata masyarakat sedunia apabila menjadi pendidik yang sebenar. Banyak aspek yang diambil kira di dalam praktikum guru pelatih antaranya meningkatkan interpersonal dan intrapersonal skill seperti komitmen dan semangat guru pelatih di sekolah dalam hubungannya dengan kaitangan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan pelajar. Aspek lain adalah seperti meningkatkan pengetahuan guru mengenai cara pelaksanaan tugas guru secara praktikal ke arah yg terbaik dan cemerlang dalam proses P&P termasuk dibimbing dalam kemahiran membuat perancangan dan pelaksanaan dari semasa kesemasa dari bermulanya praktikum sehingalah tamatnya praktikum. Guru pelatih sentiasa perlu membuat refleksi diri di setiap masa selepas kelas atau apa jua aktiviti yang dilakukannya untuk profesion keguruan ini iaitu menganalisis pelaksanaan P&P yang telah dilaksanakan dan meningkatkan kemahiran pelaksanaan P&P yang lebih baik lagi pada waktu-waktu pengajaran berikutnya dari semasa ke semasa. Refleksi ini lah yang membawa kita merenung kembali apa yang telah kita lakukan dan apa yang telah berlaku, adakah seperti yang dirancangkan dalam RPH, sudah tentulah kita mengambil analisa dan seterusnya mendapatkan inisiatif yang terbaik untuk diri kita sendiri dalam meningkatkan kredibiliti diri sebagai guru cemerlang, gemilang dan terbilang.. insyaAllah

Rujukkan:
Asas Pendidikan 3: Penilaian Dalam Proses Pendidikan, Mak Soon Sang.
Asas Pendidikan 4: Pemantapan Proses Pendidikan, Mak Soon Sang, Tang Chee Yee.
Pengajian Matematik untuk Diploma Perguruan, Mak Soon Sang.

1 comment:

AmaN said...

Tugas mengajar merupakan salah satu tugas yang amat murni...
menyampaikan ilmu, membentuk generasi beradab dan berusaha membina tamadun bangsa yang gemilang, berlandaskan agama islam..