Thursday, September 18, 2008

Bilik Darjah

Oleh: Khairuddin Abdul Rahman

Tahukah anda, bilik darjah merupakan tempat dimana pelajar menghabiskan masa sepenuhnya sepanjang waktu di persekolahan mereka. Mungkin secara mudah kita akan terfikir bilik darjah ialah bilik guru mengajar dan murid belajar, Ia, itulah gambaran paling mudah tentang bilik darjah. Ia merupakan tempat proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berlaku. Dalam keberkesanan proses Pengajaran dan Pembelajaran, komunikasi dalam bilik darjah mestilah berlaku. Komunikasi didefinisikan sebagai satu proses saling bertindak diantara individu dengan individu lain yang melibatkan penghantaran maklumat dan penerimaan maklumat diantara dua atau lebih individu. Di dalam bilik darjah individu-individu yang akan terlibat dalam komunikasi ialah guru dan murid-murid, seperti guru bercakap dengan murid-murid, murid-murid bercakap diantara satu sama lain, murid-murid membuat latihan dari buku soalan/ kerja, murid membuat perbentangan projek di hadapan kelas dan sebagaiya. Apa yang berlaku ini semuanya melibatkan dua jenis komunikasi dalam bilik darjah yang perlu diambil berat iaitu komunikasi diantara individu-individu dan komunikasi diantara individu dengan alam sekitar (Flanders, 1970).

No comments: