Saturday, November 29, 2008

WAHAI SAHABATKU FAHAMILAH PASANGAN MU

by Khairuddin Abdul Rahman 28.11.2008.11:43pm
.
Amat penting untuk kita memahami pasangan diri kita. buatlah dan lakukan sendiri untuk pasangan anda berasa gembira setiap masa.. dan anda akan betul2 gembira jika pasangan anda itu gembira dengan anda.. percayalah walauapapun anda sebenarnya sedih pada ketika itu dan kegembiraan pasangan anda ketika itu jugalah hakikatnya adalah kegembiraan anda yang sebenar. Allahualam..
.

Penuhilah hati org lain..

by Khairuddin Abdul Rahman 28.11.2008.11:30pm
.
Ya saudara saudari. Penuhilah hati orang lain.. bermurahlah hati melalui percakapan dengan mengimbau pasangan diskusi anda untuk bercakap tentang dirinya, tentang pendapatnya, prestasinya, keluarganya dan pekerjaannya (Dr.D.J.Schwartz, The Magic of the Thingking Big, 1992), kesemua ini adalah untuk diri anda lebih mengenali kehendak orang lain. Berilah kesempatan org lain untuk memenuhi kehendaknya dari dalam diri anda, bantulah selagi anda boleh membantunya untuk memenuhi kehendak mereka, walau pun kenkadang ia menyakiti diri anda sendiri.. sanggup kah. Bab yang melukakan diri sendiri itu paling menyeksakan. Takkan ada org dalam dunia ini membantu sesuatu perkara untuk menyeksa diri sendiri, paling tidak pun melakukan dengan keiklasan di hati atau tiada balasan apa2 dan tidak rugi apa2 pada diri sendiri. Hebat halnya kalau orang yang membantu itu sanggup menyakitkan diri sendiri untuk memenuhi kehendak orang lain.. sanggup membuatkan orang lain gembira sedangkan diri sendiri merasa sedih dgn sembilu yang semakin mendalam. Tapi inilah hakikat kehidupan.. biarlah org itu gembira disebabkan kita membantunya adalah lebih utama dari kita yang meminta. buatlah, bantulah walaupun hancurnya hati anda sendiri, selagi nyawa masih di kandung badan..dan senyumlah, insyaAllah kematian diri ini tetap akan ada rahmatNya.

Rujukkan: Dr.D.J.Schwartz, The Magic of the Thingking Big,1992
.

BELAJARLAH MEMAHAMI ORG LAIN dari minta difahami..

by Khairuddin Abdul Rahman 28.11.2008.10:13pm

Assalammualaikum Wbt...
Kenkadang inilah hakikat kehidupan ingin diri kita difahami oleh orang lain sedangkan kita masih tak faham2 apa yang org lain hendak dari kita. Biar apa2 pun yang kita lakukan jangan lah dipertikaikan lagi sebabnya kerana segala yang telah berlaku adalah mengikut apa yang telah difikirkan betul pada masa tersebut dan sesuai pada masa berkenaan tapi kemungkinan bila dikenangkan mungkin jawapannya adalah berbeda pada masa kini situasi sesudahnya perkara itu berlaku. (seperti pentafsir ahli sejarah berbeza mengikut peredaran abad/era). Apa yang perlu kita fikirkan sekarang adalah untuk masa2 akan datang untuk memahami dan memenuhi kehendak diri orang lain daripada kita dan memenuhi kehendak diri kita. Dalam memikirkan kehendak diri dan kehendak org lain daripada kita ada empat cabang yang membezakan keadaan iaitu kehendak kedua dua (kita) dipenuhi, atau kehendak org dipenuhi tetapi kehendak diri tidak, atau kehendak diri dipenuhi tanpa menghiraukan kehendak org lain dan kedua dua kehendak tidak dipenuhi. Dalam empat situasi ini dimanakah keutamaan yang perlu kita letakkan dan susun mengikut tahap kepentingan yang perlu diutamakan dahulu dari keutamaan-keutamaan yang lain tersebut. Fikirkanlah..
.
Keutamaan yang diberikan di sini mengikut turutan keutamaan pertama hingga ke empat,iaitu:
.
1. kehendak org dipenuhi tetapi kehendak diri tidak
2. kehendah kedua dua (kita) dipenuhi
3. kehendak diri dipenuhi tanpa menghiraukan kehendak org lain
4. dan kedua dua kehendak tidak dipenuhi

.

Wednesday, November 19, 2008

.
"Dan kelak orang yang paling takwa itu akan dijauhkan dari neraka, (iaitu) yang menafkahkan hartanya ( di jalan Allah ) untuk membersihkannya, padahal tidak ada seorangpun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya, tetapi (dia memberikan semata-mata) kerana mencari keredhaan Tuhannya yang maha tinggi, dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan (kebahagiaan)" Q.S Al-Lail : 17 - 21
.
Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata -katamu itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka kerana kata - kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.
.
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
.
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
.