Monday, September 15, 2008

Pendidikan alam sekitar tanggungjawap bersama

Oleh: Khairuddin Abdul Rahman

Alam ini merupakananugerah Allah kepada manusia.. ”adakah kita tidak melihat bahawasanya Allah menurunkan air dari langit , lalu dijadikan bumi itu hijau? Sesungguhnya Allah maha halus lagi maha Mengetahui. Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Dan sesungguhnya Allah benar- benar haha kaya lagi Maha Terpuji” (Ayat Al-Haj, 61-62).

.
Dan segala yang menyebabkan berlakunya kerosakkan ke atas bumi ini adalah dari manusia itu sendiri.. sebab itulah isu alam sekitar sejak zaman berzaman tidak kering gusi diperkatakan dimana-mana jua termasuk didalam media elektronik seperti ini.. internet, tv, astro, dan media bercetak seperti surat khabar, majalah, poster, kalau perasan di papan-papan tanda besar di tepi jalan atau highway.. semuanya iklan2 yang berkaitan dengan isu alam sekitar. Isu alam sekitar sering diperkatakan di semua golongan masyarakat tak kira tua, tua muda, malah kanak2 dan kehadapan pada generasi akan datang menjadi tanggungjawap kita untuk mereka sama-sama dapat merasai menikmati anugerah Ilahi ini dengan alam yang indah dan bersih. Banyak usaha yang yang berpanjangan, banyak kos yang telah diperuntukkan dan akan berterusan telah dilakukanoleh pihak kerajaan kita dalam menanggani isu alam sekitar, terus memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mengatasi masalah ini.. sehinggakan usaha pihak kerajaan telah memperbincangkan isu alam sekitar atau mendedahkan isu alam sekitar ini di peringkat pendidikan.
.
Isu alam sekitar sering dikaitan dengan pembelajaran di semua institusi pendidikan, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, IPG, iaitu semua badan kerajaan dan termasuklah di sektor swasta terutamanya yang banyak menyumbangkan perningkatan isu alam sekitar ini. Di sektor sektor inilah banyak penyelidikan dan kajian (research and development, R&D) telah dijalankan bagi segala permasalahan berkaitan isu alam sekitar cuba diterokai dan dikaji untuk menambah baikan bagi kesejahteraan alam. Contohnya isu yang menyentuh pencemaran air disebabkan penggunaan racun yang berlebihan, R&D dari Universiti Putra Malaysia telah mengkaji dan berjaya menghasilkan sebuah jentera penyemburan racun rumpai yang dapat mengawal kadar penyemburan racun ke atas rumpai yang hendak dihampuskan sahaja, dan racun tidak akan disembur di tempat yang tidak berkaitan. Ini adalah satu usaha dan contoh yang baik pada alam sekitar dan ekonomi negara, insyaAllah dapat mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar yang semakin membimbangkan kita.

Banyak lagi usaha – usaha lain yang boleh kita sama-sama bekerjasama usahakannya bagi menjaga dan mensyukuri anugerah Nya. Isu yang berkaitan dengan pencemaran, memanasan dunia, kepupusan spesis flora dan fauna, pemulihan alam sekitar dan juga lain-lain isu global masa kini perlu ditekankan terutamanya kepada generasi muda masa kini. Semua pihak berperanan dalam menangani isu alam sekitar samaada di rumah, sekolah, sektor awam mahupun sektor swasta. Dalam pendidikan, termasuk ibu bapa mendidik anak di rumah, masyarakat dikalangan orang ramai dan seterusnya tanggungjawap guru bersamalah memainkan peranan yang paling utama untuk menerapkan nilai murni dalam penjagaan alam sekitar. Oleh itu kita marilah bersatu hati, bekerja sama dengan pelbagai langkah boleh dilakukan untuk merialisasikan idea baru dan memupukan semangat cintakan alam sekitar di di kalangan generasi muda untuk diteruskan bagi meneruskan usaha ini berkekalan kepada generasi-generasi akan datang.. InsyaAllah

No comments: