Saturday, November 29, 2008

BELAJARLAH MEMAHAMI ORG LAIN dari minta difahami..

by Khairuddin Abdul Rahman 28.11.2008.10:13pm

Assalammualaikum Wbt...
Kenkadang inilah hakikat kehidupan ingin diri kita difahami oleh orang lain sedangkan kita masih tak faham2 apa yang org lain hendak dari kita. Biar apa2 pun yang kita lakukan jangan lah dipertikaikan lagi sebabnya kerana segala yang telah berlaku adalah mengikut apa yang telah difikirkan betul pada masa tersebut dan sesuai pada masa berkenaan tapi kemungkinan bila dikenangkan mungkin jawapannya adalah berbeda pada masa kini situasi sesudahnya perkara itu berlaku. (seperti pentafsir ahli sejarah berbeza mengikut peredaran abad/era). Apa yang perlu kita fikirkan sekarang adalah untuk masa2 akan datang untuk memahami dan memenuhi kehendak diri orang lain daripada kita dan memenuhi kehendak diri kita. Dalam memikirkan kehendak diri dan kehendak org lain daripada kita ada empat cabang yang membezakan keadaan iaitu kehendak kedua dua (kita) dipenuhi, atau kehendak org dipenuhi tetapi kehendak diri tidak, atau kehendak diri dipenuhi tanpa menghiraukan kehendak org lain dan kedua dua kehendak tidak dipenuhi. Dalam empat situasi ini dimanakah keutamaan yang perlu kita letakkan dan susun mengikut tahap kepentingan yang perlu diutamakan dahulu dari keutamaan-keutamaan yang lain tersebut. Fikirkanlah..
.
Keutamaan yang diberikan di sini mengikut turutan keutamaan pertama hingga ke empat,iaitu:
.
1. kehendak org dipenuhi tetapi kehendak diri tidak
2. kehendah kedua dua (kita) dipenuhi
3. kehendak diri dipenuhi tanpa menghiraukan kehendak org lain
4. dan kedua dua kehendak tidak dipenuhi

.

No comments: