Friday, October 17, 2008

Moral vs Akhlak

oleh: Khairuddin Abdul Rahman

Apa itu moral dan akhlak saudara saudari... Adakah moral itu akhlak, manakala akhlak itu adalah moral. Apa-apapun jawapan yang diberikan moral dan akhlak itu mempunyai kaitan yang rapat diantara satu sama lain.. tetapi sebenarnya moral dan aklak mempunyai pengertian yang berbeza diantara satu sama lain.

Moral dengan contoh yang mudah difahami seperti dengan kata sesaorang itu memakai baju biasa berT-shet dan seluar santai menghadiri majlis rasmi kerajaan. Maka jika dilihat dari segi pemakaiannya orang itu tidak mempunyai moral yang baik kerana mengenakan pakaian yang tidak sesuai dengan tempat dan tujuannya, sepatutnya orang berkenaan mengenakan pakaian rasmi kerajaan seperti berbaju kemeja, bertali leher dan memakai blazer (jika ada).. barulah boleh kita lihat sesuai dengan tujuan tempat yang dituju dan tujuannya. Tapi dari segi akhlahnya orang berkenaan masih mempunyai akhlak yang baik kerana pemakaiannya masih lagi menutup aurat seperti mana dikehendaki dalam Islam. Inilah yang membezakan moral dan aklak. Moral menjurus kepada pandangan pemikiran manusia yang lain dan akhlak itu merupakan pandangan dari sudut Al-Quran dan Sunah RasulAllah s.w.t.

Jika kita sebagai seorang pendidik mengajar di dalam kelas dengan mepakai baju tshet dan ber seluar pendek adakah kita bermoral dan berakhlak.. tentunya pendidik tersebut tidak bermoral kerana pemakaiannya tidak menunjukkan profesional perguruan sepertimana di kehendaki oleh masyarakat.. tapi dari sudut akhlaknya pendidik tersebut masih lagi beraklah kerana seluar pendek tersebut masih menutup aurat.. tapi kalau dah tak tutup aurat maka itulah yang dikatakan tak berakhlak dan jauh sekalilah moralnya..

Dari segi pandangan moral dan akhlak.. boleh jadi dalam satu-satu masa kita dikatakan tidak bermoral.. tapi anda masih boleh senyum kerana anda tahu apa yang anda buat itu adalah masih menunjukkan akhlak yang baik.. apa yang penting disinie lakukanlah apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan segala larangannya.. insyaAllah

Akhlah itu adalah Al-Quran dan sunnah-sunnah nabi.

No comments: