Sunday, October 19, 2008
Friday, October 17, 2008
Pelaburan Dunia Tanpa Sempadan
bukan semudah apa yang kita perdengarkan melabur melalui internet dikatakan pelaburan yang mengunakan modal yang sedikit/banyak dan dapat mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Tapi anda melakukan sendiri jual/beli matawang secara on-line. Inilah dunia realiti sebahagian manusia yang membawa dirinya dalam jualan saham secara On-line. Dunia ini sebenarnya tidak asing bagi mereka, malah sentiasa menjadi perbualan mereka setiap hari dikalangan kawan2 sekepala, malah setiap jam minit dan saat amat berharga bagi mereka sehinggakan makan pun boleh dikatakan tak sempat.. pasal apa.. sebabnya apabila perniagaan (jual/beli) telah dimulakan jangan haraplah pemikiran anda boleh duduk diam.. inilah saat2 genting sesaorang pelabur itu akan mendapat keuntungan/kerugian dalam setiap saat pergerakkan saham yang dilaburkan. INGATLAH dalam dunia pelaburan MASA ITU EMAS kerana setiap saat adalah keuntungan/kerugian yang anda miliki..
Moral vs Akhlak
Apa itu moral dan akhlak saudara saudari... Adakah moral itu akhlak, manakala akhlak itu adalah moral. Apa-apapun jawapan yang diberikan moral dan akhlak itu mempunyai kaitan yang rapat diantara satu sama lain.. tetapi sebenarnya moral dan aklak mempunyai pengertian yang berbeza diantara satu sama lain.
Moral dengan contoh yang mudah difahami seperti dengan kata sesaorang itu memakai baju biasa berT-shet dan seluar santai menghadiri majlis rasmi kerajaan. Maka jika dilihat dari segi pemakaiannya orang itu tidak mempunyai moral yang baik kerana mengenakan pakaian yang tidak sesuai dengan tempat dan tujuannya, sepatutnya orang berkenaan mengenakan pakaian rasmi kerajaan seperti berbaju kemeja, bertali leher dan memakai blazer (jika ada).. barulah boleh kita lihat sesuai dengan tujuan tempat yang dituju dan tujuannya. Tapi dari segi akhlahnya orang berkenaan masih mempunyai akhlak yang baik kerana pemakaiannya masih lagi menutup aurat seperti mana dikehendaki dalam Islam. Inilah yang membezakan moral dan aklak. Moral menjurus kepada pandangan pemikiran manusia yang lain dan akhlak itu merupakan pandangan dari sudut Al-Quran dan Sunah RasulAllah s.w.t.
Jika kita sebagai seorang pendidik mengajar di dalam kelas dengan mepakai baju tshet dan ber seluar pendek adakah kita bermoral dan berakhlak.. tentunya pendidik tersebut tidak bermoral kerana pemakaiannya tidak menunjukkan profesional perguruan sepertimana di kehendaki oleh masyarakat.. tapi dari sudut akhlaknya pendidik tersebut masih lagi beraklah kerana seluar pendek tersebut masih menutup aurat.. tapi kalau dah tak tutup aurat maka itulah yang dikatakan tak berakhlak dan jauh sekalilah moralnya..
Dari segi pandangan moral dan akhlak.. boleh jadi dalam satu-satu masa kita dikatakan tidak bermoral.. tapi anda masih boleh senyum kerana anda tahu apa yang anda buat itu adalah masih menunjukkan akhlak yang baik.. apa yang penting disinie lakukanlah apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan segala larangannya.. insyaAllah
Akhlah itu adalah Al-Quran dan sunnah-sunnah nabi.
BSMM (lagu BSMM)
DOA PERHIMPUNAN UNIT BERUNIFORM
ALHAMDULILLAHI RABBIL AALAMIN WASSALATUWASSALAMMU ALA ASRAFIL ANBIA IIWAL MURSALIN SAIDINA MUHAMMADIN WAALA AALIHI WASAHHBIHI AJMAAIIN
Ya Allah jadikanlah perhimpunan kami ini/ Sbg perhimpunan yg dirahmati/ & perpisahan kami selepas ini/ sbg perpisahan yg terpelihara.
Ya Allah/ kurniakanlah kami nikmat & rahmat yg berpanjangan tubuh badan yg sihat/ akal fikiran yg sejahtera/ & semangat yg berkekalan di sepanjang kami berkursus di maktab ini
Ya Allah lindungilah kami/ dr mendpt kecelakaan/
kebimbangan/ perasaan hasad dengki/ ilmu yg tidak bermanfaat/ & doa yg x diterima
Ya Allah bimbingilah kami/ Pimpinlah kami/ dan berikalah kami petunjuk/ Jika kami terlupa @ tersalah
RABBANA AATINA FITDUNNIA HASANAH / WAFIL AKHIRATI / HASANAH / WAKINA AZABANNAR / WAS ALLAHUUALA / ALIHI / WASAHBIHI WASSALAM / WALHAMDULILLAH HI RABBIL AALAMIN
Tuesday, September 23, 2008
Salam Ramadhan Almubarak & Aidilfitri yg mulia...
Assalammualaikum w.b.t...Semperna dengan bulan Ramadhan yg mulia ini, semoga dapatlah kita sama2 mendapatkan malam lailatul kadar yang penuh dengan Anugerah Nya, InsyaAllah...
dan kesempatan ini dalam kita membuat persediaan menyambut aidilfitri.. saya dengan ini menyusun 10 jari, memohon keampunan kepada semua sahabat2 seperjuangan, jika terdapat salah dan silap samaada secara sengaja atau pun tidak disengajakan.. Sekiranya kesalahan sahabat kiranya ada pada saya, telah pun diampunkan.
Akhir kalam, semoga selamatlah pulang berhari raya bersama keluarga tersayang dan selamat kembali, dan jumpa lagi..
Mr. Khairuddin Bin Abdul Rahman
Sunday, September 21, 2008
Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah
Terdapat banyak kajian yang telah dikenal pasti bagaimana guru boleh mewujudkan komunikasi menjadi lebih berkesan di dalam mengurus proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Komunikasi yang berkesan amat diperlukan dalam menjayakan proses pengajaran dan pembalajaran. Ini adalah bertujan untuk mecapat objektif pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan bagi melahirkan pelajar sepertimana objektif yang hendak dicapai oleh guru. Objektif pengajaran dan pembelajaran termasuklah pelajar boleh mengetahui, memahami, dan mengamalkan sesuatu yang telah dipelajari dengan sebaiknya apa yang telah dipelajari di akhir pembelajaran dan utnuk masa hadapan. Diantara cara-cara amalan komunikasi yang boleh membantu guru-guru ikuti bagi mengurus bilik darjah dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti di bincangkan di bawah:
1) Praktikkan gaya kepimpinan demokratik.
Guru mesti mempunyai gaya kepimpinan yang baik, tutur kata yang tegas atau penggunaan nada yang betul perlu digunakan pada situasi yang betul amat bertujuan untuk menarik minat dan perhatian pelajar dalam menerima maklumat yang hendak disampaikan, pakaiannya dan cara komunikasi gerak badan atau muka guru memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan penegasan yang menjelaskan data yang ingin disampaikan kepada murid supaya lebih mudah difahami dengan jelas. Melahirkan suasana gaya yang betul dalam pengajaran dan pembelajaran agar murid seronok dan terus berminat dalam menerima pengajaran yang disampaikan oleh guru.
2) Galakkan penglibatan murid dengan mengelolakan aktiviti
Aktiviti-aktiviti bilik darjah akan mewujudkan interaksi murid dengan murid dan guru dengan murid-murid secara dua hala. Ini akan menjadikan penglibatan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran akan lebih aktif.
3) Gunakan kaedah berkumpulan sekiranya boleh dilakukan
Kaedah berkumpulan adalah ditekankan dalam KBSR kerana interaksi murid dengan murid serta guru dapat diperkembangkan. Ia boleh melahirkan murid-murid mempunyai nilai bekerjasama dalam kumpulan, menghormati pandangan kawan-kawan dan mempunyai kemahiran berfikir sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.
4) Banyak menggunakan teknik main peranan, lakunan, dan sesi buzz
Teknik ini mewujudkan murid-murid mengambil bahagian yang aktif dalam pengajaran guru. Penglibatan aktif pelajar akan memberi kesan yang nyata dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
5) Adakan sesi soal jawap dalam pengajaran
Sesi soal jawap membantu murid-murid mengigati kembali apa yang telah dpelajarinya, malah juga meletakkan murid sentiasa memberi perhatian yang tinggi kepada pengajaran dan pembelajaran yang dilakaukan oleh guru.
6) Menggunakan alat gantu mengajar yang berteknologi
Menggunakan teknologi tinggi seperti computer, persembahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan powor point dan sebagainya lebih memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di minatai oleh murid-murid kerana ia melibatkan video, audio yang dapat menunjukkan sesuatu maklumat yang disampaikan lebih jelas dengan visualnya.
7) Iktiarkan penyertaan murid
Interaksi murid adalah penting dalam pengajaran dam pembelajaran yang dilakukan oleh guru oleh itu guru mestilah berusaha mengiktiarkan penyertaan murid adalah aktif di dalam bilik darjah kerana usaha mengalakkan murid-murid aktif akan menanamkan minat pelajar dan pemerhatian yang lebih terhadap pelajarannya.
8) Adakan sesi kaunseling dengan murid bermasalah
Murid-murid yang pendian dan pemalu, yang tersingkir dan terasing akan menjejaskan interaksi di dalam bilik darjah. Guru seharusnya beriktiar membantu murid-murid seperti ini dan merujuk kepada guru kaunseling untuk diatasi permasalahan murid tersebut. Diharapkan pelajar tersebut mengubah tingkahlaku dan boleh melibatkan secara aktif di dalam bilik darjah. Dengan ini interaksi murid-murid yang bermasalah dengan guru dan murid-murid lain akan bertambah baik.
9) Memberikan sikongan kepada murid yang mengemukakan pendapat
Sekiranya murid mengeluarkan pendapat yang kurang baik seperti yang dikehendaki oleh guru, adalah tidak seharusnya guru menyindir murid. Sebaliknya guru hendaklah memperbetulkan pendapat tersebut atau menyokong pendapat tersebut menjadi lebih jelas untuk diterima pakai oleh murid-murid lain.
10) Murid-murid digalakkan memberi pujian kepada rakan-rakan mereka dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara sebaliknya seperti menyindir, mentertawakan kawan-kawan diatas jawapan yang kurang tepat dan sebagainya.
Suasana ini akan memberanikan murid-murid mengeluarkan pendapat masing-masing kerana setiap pendapat yang dikeluarkan tidak terancam dengan kritikan dan tomahan guru dan kawan-kawan. Guru seharusnya juga menambah atau menjadikan pendapat murid tersebut sebagai contoh pendapat yang betul dan boleh diterima pakai atau mengolah pendapat murid tersebut itu menjadi lebih jitu jika penadapat tersebut kurang jelas atau samara-samar. Malah pendapat yang diberi penghargaan menghasilkan minat pelajar lain untuk mengeluarkan pendapat masing-masing.

