Showing posts with label Bilik Darjah. Show all posts
Showing posts with label Bilik Darjah. Show all posts

Sunday, September 21, 2008

Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

Oleh: Khairuddin Abdul Rahman

Terdapat banyak kajian yang telah dikenal pasti bagaimana guru boleh mewujudkan komunikasi menjadi lebih berkesan di dalam mengurus proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Komunikasi yang berkesan amat diperlukan dalam menjayakan proses pengajaran dan pembalajaran. Ini adalah bertujan untuk mecapat objektif pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan bagi melahirkan pelajar sepertimana objektif yang hendak dicapai oleh guru. Objektif pengajaran dan pembelajaran termasuklah pelajar boleh mengetahui, memahami, dan mengamalkan sesuatu yang telah dipelajari dengan sebaiknya apa yang telah dipelajari di akhir pembelajaran dan utnuk masa hadapan. Diantara cara-cara amalan komunikasi yang boleh membantu guru-guru ikuti bagi mengurus bilik darjah dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti di bincangkan di bawah:

1) Praktikkan gaya kepimpinan demokratik.

Guru mesti mempunyai gaya kepimpinan yang baik, tutur kata yang tegas atau penggunaan nada yang betul perlu digunakan pada situasi yang betul amat bertujuan untuk menarik minat dan perhatian pelajar dalam menerima maklumat yang hendak disampaikan, pakaiannya dan cara komunikasi gerak badan atau muka guru memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan penegasan yang menjelaskan data yang ingin disampaikan kepada murid supaya lebih mudah difahami dengan jelas. Melahirkan suasana gaya yang betul dalam pengajaran dan pembelajaran agar murid seronok dan terus berminat dalam menerima pengajaran yang disampaikan oleh guru.

2) Galakkan penglibatan murid dengan mengelolakan aktiviti
Aktiviti-aktiviti bilik darjah akan mewujudkan interaksi murid dengan murid dan guru dengan murid-murid secara dua hala. Ini akan menjadikan penglibatan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran akan lebih aktif.

3) Gunakan kaedah berkumpulan sekiranya boleh dilakukan
Kaedah berkumpulan adalah ditekankan dalam KBSR kerana interaksi murid dengan murid serta guru dapat diperkembangkan. Ia boleh melahirkan murid-murid mempunyai nilai bekerjasama dalam kumpulan, menghormati pandangan kawan-kawan dan mempunyai kemahiran berfikir sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.

4) Banyak menggunakan teknik main peranan, lakunan, dan sesi buzz

Teknik ini mewujudkan murid-murid mengambil bahagian yang aktif dalam pengajaran guru. Penglibatan aktif pelajar akan memberi kesan yang nyata dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

5) Adakan sesi soal jawap dalam pengajaran
Sesi soal jawap membantu murid-murid mengigati kembali apa yang telah dpelajarinya, malah juga meletakkan murid sentiasa memberi perhatian yang tinggi kepada pengajaran dan pembelajaran yang dilakaukan oleh guru.

6) Menggunakan alat gantu mengajar yang berteknologi
Menggunakan teknologi tinggi seperti computer, persembahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan powor point dan sebagainya lebih memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di minatai oleh murid-murid kerana ia melibatkan video, audio yang dapat menunjukkan sesuatu maklumat yang disampaikan lebih jelas dengan visualnya.

7) Iktiarkan penyertaan murid
Interaksi murid adalah penting dalam pengajaran dam pembelajaran yang dilakukan oleh guru oleh itu guru mestilah berusaha mengiktiarkan penyertaan murid adalah aktif di dalam bilik darjah kerana usaha mengalakkan murid-murid aktif akan menanamkan minat pelajar dan pemerhatian yang lebih terhadap pelajarannya.

8) Adakan sesi kaunseling dengan murid bermasalah
Murid-murid yang pendian dan pemalu, yang tersingkir dan terasing akan menjejaskan interaksi di dalam bilik darjah. Guru seharusnya beriktiar membantu murid-murid seperti ini dan merujuk kepada guru kaunseling untuk diatasi permasalahan murid tersebut. Diharapkan pelajar tersebut mengubah tingkahlaku dan boleh melibatkan secara aktif di dalam bilik darjah. Dengan ini interaksi murid-murid yang bermasalah dengan guru dan murid-murid lain akan bertambah baik.

9) Memberikan sikongan kepada murid yang mengemukakan pendapat
Sekiranya murid mengeluarkan pendapat yang kurang baik seperti yang dikehendaki oleh guru, adalah tidak seharusnya guru menyindir murid. Sebaliknya guru hendaklah memperbetulkan pendapat tersebut atau menyokong pendapat tersebut menjadi lebih jelas untuk diterima pakai oleh murid-murid lain.

10) Murid-murid digalakkan memberi pujian kepada rakan-rakan mereka dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara sebaliknya seperti menyindir, mentertawakan kawan-kawan diatas jawapan yang kurang tepat dan sebagainya.
Suasana ini akan memberanikan murid-murid mengeluarkan pendapat masing-masing kerana setiap pendapat yang dikeluarkan tidak terancam dengan kritikan dan tomahan guru dan kawan-kawan. Guru seharusnya juga menambah atau menjadikan pendapat murid tersebut sebagai contoh pendapat yang betul dan boleh diterima pakai atau mengolah pendapat murid tersebut itu menjadi lebih jitu jika penadapat tersebut kurang jelas atau samara-samar. Malah pendapat yang diberi penghargaan menghasilkan minat pelajar lain untuk mengeluarkan pendapat masing-masing.

Saturday, September 20, 2008

Masalah disiplin bilik darjah

Oleh: Khairuddin Abdul Rahman

Sedia ada yang kita ketahui sebaik mana pun kita sebagai guru dalam memimpin pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, masalah disiplin tetap boleh berlaku dan boleh didapati. Apa yang perlu dilakukan oleh guru bila mendapati sesuatu masalah disiplim berlaku ialah guru mestilah mengambil tindakan yang terbaik untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah disiplin murid dengan cara terbaik sekali supaya segala tindakan yang diambil adalah memberi kesan yang positif kepada murid itu sendiri dan ada iktibar membina kepada semua murid-murid yang lain. Permasalahan disiplin pelajar berlaku apabila murid melakukan sesuatu perkara yang mengganggu atau merosakkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti murid mengganggu murid-murid lain yang ingin belajar, membuat bising, mencuri, bergaduh, membuat kerosakkan harta benda sekolah dan sebagainya, Permasalahan-permasalahan disiplin ini secara normalnya mestilah berlaku di atas sebab-sebab yang tertentu terhadap murid yang bermasalah tersebut. Berikutdi bawah, setelah dirujuk dan di kenalpasti di gariskan beberapa faktor yang yang menimbulkan masalah-masalah disiplin murid-murid sekolah di bilik darjah atau sekolah, iaitu termasuklah kaedah dan bahan pengajaran ang tidak sesuai, keadaan fizikal bili darjah, kesihatan murid, kualiti guru, persekitaran sekolah, keluarga dan rakan sebaya. Allahualam..

Thursday, September 18, 2008

Bilik Darjah

Oleh: Khairuddin Abdul Rahman

Tahukah anda, bilik darjah merupakan tempat dimana pelajar menghabiskan masa sepenuhnya sepanjang waktu di persekolahan mereka. Mungkin secara mudah kita akan terfikir bilik darjah ialah bilik guru mengajar dan murid belajar, Ia, itulah gambaran paling mudah tentang bilik darjah. Ia merupakan tempat proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berlaku. Dalam keberkesanan proses Pengajaran dan Pembelajaran, komunikasi dalam bilik darjah mestilah berlaku. Komunikasi didefinisikan sebagai satu proses saling bertindak diantara individu dengan individu lain yang melibatkan penghantaran maklumat dan penerimaan maklumat diantara dua atau lebih individu. Di dalam bilik darjah individu-individu yang akan terlibat dalam komunikasi ialah guru dan murid-murid, seperti guru bercakap dengan murid-murid, murid-murid bercakap diantara satu sama lain, murid-murid membuat latihan dari buku soalan/ kerja, murid membuat perbentangan projek di hadapan kelas dan sebagaiya. Apa yang berlaku ini semuanya melibatkan dua jenis komunikasi dalam bilik darjah yang perlu diambil berat iaitu komunikasi diantara individu-individu dan komunikasi diantara individu dengan alam sekitar (Flanders, 1970).